← Back to list
Faisal Halim jalani fisioterapi intensif
Jul 04, 2024
Faisal Halim mula jalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.
CEO Selangor FC berkata penyerang itu telah memulakan sesi intensif tersebut sejak beberapa hari lepas.
Tambah Dr Johan Kamal Hamidon, Faisal akan mulakan sesi latihan ringan minggu depan bagi meningkatkan kecergasannya.
Faisal Halim alami lecur tahap 4 selepas jadi mangsa kes simbah asid Mei lalu.
__
Muhammad Azeem Fahmi teruja apabila diumumkan sebagai pemilik wild card ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Jaguh pecut negara itu berterima kasih kepada Kesatuan Olahraga Malaysia kerana memilihnya dan bertekad untuk pamer prestasi terbaik pada temasya berkenaan.
__
Kontinjen negara berjaya menambah tiga lagi pingat emas menerusi acara olahraga pada Sukan Universiti ASEAN 2024.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi