← Back to list
Faisal Halim terlepas Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
May 06, 2024
FAM sahkan Faisal Halim terpaksa diketepikan untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Ini selepas dia alami kecederaan serius ekoran disimbah asid, sehingga terpaksa jalani pembedahan selama 4 jam semalam.
Pemain Selangor itu bakal terlepas baki perlawanan berdepan Krygyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun depan.
__
Sementara itu, Polis berkata kes serangan terhadap Faisal Halim dan Akhyar Rashid baru-baru ini, TIADA kaitan dengan pengendali pertaruhan atau bookie.
Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata orang ramai digesa tidak membuat spekulasi sehingga siasatan dijalankan.
__
AS, Manchester United tekad untuk merampas semula tempat ke-6 EPL apabila berkunjung ke Crystal Palace awal pagi esok.
United kini di tangga ke-8 akan berdepan Palace yang tidak tewas dalam 4 perlawanan terakhir termasuk menumpaskan Liverpool dan Newcastle.
Saksikan Crystal Palace lawan Manchester United secara langsung jam 3 pagi esok di Astro saluran 813.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi