← Back to list
Piala AFC zon ASEAN Selatan hampir pasti dibatalkan.
Jul 06, 2021
Saingan Piala AFC zon ASEAN Selatan hampir pasti dibatalkan.
Konfederasi Bolasepak Asia beritahu Nadi Arena, pihaknya memberi kelonggaran dalam tempoh beberapa hari ini sekiranya ada pihak yang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah.
Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John menjelaskan kelonggaran tersebut diberikan kerana mereka perlukan persiapan logistik sekiranya tetap mahu menganjurkan saingan tersebut.
Terdahulu, Singapura menarik diri sebagai tuan rumah kumpulan H dan I Piala AFC ekoran peningkatan kes COVID-19.
Foto: FB Terengganu FC
Sementara itu, Nafuzi Zain akur dengan keputusan tersebut.
Ketua jurulatih Terengganu itu bagaimanapun akui kecewa kerana skuad Penyu telah menunggu 8 tahun untuk kembali beraksi pada saingan tersebut.
Foto: FB Kedah Darul Aman FC
Aidil Sharin Sahak pula masih berharap saingan tersebut tetap dapat dijalankan.
Pengendali Kedah itu beritahu Nadi Arena, adalah satu kerugian kepada pemain mudanya yang teruja untuk beraksi dalam saingan tersebut.
Jelas Aidil, mereka inginkan pengalaman tersebut selepas melihat rakan sepasukan beraksi dalam saingan play off Liga Juara-Juara Asia musim lalu.
Namun, Aidil akur sekiranya AFC mengambil keputusan untuk membatalkan saingan tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi kerana kesukaran mencari tuan rumah.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi