← Back to list
Ousmane Dembele Bersaing Untuk Anugerah Ballon d’Or 2025
Aug 08, 2025
Sembilan pemain PSG tersenarai untuk Anugerah Ballon d’Or 2025.
Ini termasuk Ousmane Dembele yang juga pilihan utama anugerah itu susulan kejayaan kelab berkenaan raih gelaran treble musim lalu.
Turut tersenarai ialah Lamine Yamal, Mohamed Salah, Kylian Mbappe dan Pemain Paling Bernilai Serie A, Scott McTominay yang bantu Napoli menjuarai Liga Itali musim lalu.
Sementara itu, pengendali Chelsea, Enzo Maresca dan Arne Slot dari Liverpool merupakan antara yang tersenarai untuk anugerah jurulatih terbaik.
.....
Al-Hilal dilapor bersetuju menandatangani penyerang Liverpool, Darwin Nunez dengan nilai sekitar 53 juta euro.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, pemain import baharu Selangor dijangka mampu beri saingan pada aksi Piala Sumbangsih berdepan JDT malam ini.
Pengendalinya Katsuhito Kinoshi optimis anak buahnya mampu pamer prestasi terbaik biarpun sedar akan rekod kebal JDT di Stadium Sultan Ibrahim.
Saksikan secara langsung aksi Piala Sumbangsih bermula 8 malam di Astro, saluran 803 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Negeri Sembilan Antlers menjadi pasukan pertama yang sahkan slot ke separuh akhir STL Premier GP Johor susulan muncul juara Kumpulan B.
Ikuti secara langsung STL Premier GP Johor bermula 2.30 petang di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi