← Back to list
Piala Sumbangsih dibatalkan - MFL
May 09, 2024
Perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan malam esok dibatalkan selepas Selangor FC menarik diri daripada perlawanan tersebut.
Menurut MFL, JDT diberi kemenangan percuma 3-0 bagi perlawanan berkenaan, yang merupakan aksi pembukaan musim baru Liga Super.
Sementara itu, isu penarikan diri Selangor FC akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga MFL bagi tindakan selanjutnya.
__
Dalam perkembangan berkaitan, pemain Selangor FC, Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini.
Ketua Perubatan Sukan Selangor FC berkata rawatan itu untuk mengubati lecur tahap empat yang dialaminya, selepas menjadi mangsa simbah asid, Ahad lalu.
__
Kedah Darul Aman FC terbuka untuk slot penaja utama menjelang Liga Super musim ini.
Sebelum ini, KDA FC terpaksa menolak tawaran tajaan ekoran hadapi masalah di saat akhir.
__
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati buru catatan masa 10 saat dalam acara pecut pada siri perlumbaan Piala Trek Jepun, esok.
The Pocket Rocketwoman itu berkata cabaran tersebut adalah sebagai persiapan dirinya bagi hadapi Sukan Olimpik Paris 2024.
__
Dan, Persatuan Sepaktakraw Malaysia umum sistem pengiraan baru 15 mata dengan tiga servis bergilir pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung 18 hingga 26 Mei ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi