← Back to list
Atlet kali pertama ke Olimpik mampu raih pingat!
Jul 09, 2021
Atlet yang buat kemunculan pertama pada Sukan Olimpik Tokyo mampu hadirkan pingat untuk negara.
Itu pendapat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican.
Jelasnya berdasarkan statistik, 4 daripada 11 pingat olimpik yang diperoleh Malaysia disumbangkan oleh atlet yang beraksi buat kali pertama.
3 daripada pingat tersebut disumbangkan sukan badminton manakala 1 lagi diraih Pandelela Rinong yang meraih gangsa di London pada 2012.
Dalam pada itu, Datuk Seri Reezal Merican hanya akan mengumumkan sasaran pingat kontinjen negara seminggu sebelum Sukan Olimpik Tokyo bermula.
Ini kerana beliau perlu dapatkan semua maklumat yang ada untuk menetapkan sasaran yang realistik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi