← Back to list
10 pasukan Liga-M belum lengkapkan proses pelesenan
Sep 01, 2020
Foto : Stadium Astro
FAM enggan tekan butang panik biarpun 50 peratus pasukan Liga Malaysia masih belum lengkapkan proses pelesenan kelab!
Setiausaha Agungnya berkata tarikh akhir penyerahan dokumentasi pengurusan adalah semalam, manakala tarikh akhir penyerahan dokumentasi kewangan pula adalah pada 15 September.
Jelas Stuart Ramalingam, pasukan yang dihimpit masalah gaji dijangka sukar peroleh lesen untuk beraksi dalam saingan Liga-M musim depan dan berkemungkinan diturunkan ke saingan Liga M-3.
Antara pasukan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji musim ini ialah Kedah, Kelantan dan Melaka United.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi