← Back to list
Lee Zii Jia terlepas peluang pertahan kejuaraan Terbuka Australia
Nov 11, 2025
Lee Zii Jia sah tarik diri daripada kejohanan Terbuka Australia yang dijadual berlangsung Selasa depan.
Ia menyaksikan pemain perseorangan lelaki negara itu tidak akan mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu.
Kali terakhir Zii Jia beraksi adalah pada saingan Masters Hong Kong, namun terpaksa menarik diri pada aksi pertama berdepan wakil Chinese Taipei susulan isu kecederaan.
Terdahulu, juara bertahan Terbuka Australia itu turut menarik diri daripada Masters Jepun yang membuka tirai hari ini.
__
Sementara itu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin sahkan slot ke pusingan kedua kejohanan badminton Masters Jepun!
Beregu lelaki pilihan kedua kejohanan itu tundukkan gandingan Korea Selatan dengan straight set.
Turut mara, empat lagi beregu lelaki termasuk Arif Junaidi-Yap Roy King serta beregu wanita, Ong Xin Yee-Carmen Ting.
Nasib berbeza buat beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila tersingkir pada pusingan pertama.
__
Dan, Luqman Hakim Shamsuddin dipanggil menyertai kem latihan berpusat skuad Harimau Malaya menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal, Selasa depan.
Ia bagi menggantikan Jordan Mintah yang direhatkan atas faktor kesihatan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi