← Back to list
Pingat Olimpik Paris ketiga Malaysia lebur
Aug 12, 2024
Hasrat Shah Firdaus Sahrom jelmakan pingat ketiga Malaysia pada Olimpik Paris tidak kesampaian.
Ini selepas pelumba berbasikal trek negara itu terlibat dalam kemalangan pada selekoh terakhir.
Shah Firdaus Sahrom menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-4 sebelum diturunkan ke kedudukan ke-6 kerana melakukan kesalahan sebelum berlakunya kemalangan tersebut.
.....
Sementara itu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berharap rakyat Malaysia dapat beri sokongan kepada Shah untuk meneruskan legasi berbasikal trek negara.
Ini selepas Azizulhasni secara rasmi mengumumkan persaraannya sebaik tamat kempen Olimpik Paris.
.....
Dalam pada itu, Malaysia tamatkan kempen Olimpik kali ini di kedudukan ke-80 dengan dua pingat gangsa yang diraih atlet badminton, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Manakala, Amerika Syarikat ungguli tangga teratas Olimpik dengan kutipan 40 pingat emas.
.....
Dan Kuching City bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2 sama dengan Penang pada aksi Liga Super.
Ini sekaligus menyaksikan Kuching City kekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam lima aksi terakhir liga.
Dalam satu lagi aksi, Negeri Sembilan gagal guna kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada PDRM.
.....
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi