← Back to list
Persiapan Olimpik LA2028 perlu bermula dari sekarang - Hamidin
Aug 13, 2024
Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris berkata persiapan atlet untuk edisi seterusnya di LA 2028 perlu dipersiapkan dari sekarang.
Datuk Hamidin Amin berkata ia adalah satu-satunya cara untuk meningkatkan prestasi selain meneruskan misi memburu pingat emas di temasya terbesar dunia itu.
Di Olimpik Paris, kontinjen negara berjaya membawa pulang dua pingat gangsa menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan jaguh perseorangan, Lee Zii Jia.
__
Rexy Mainaky nafi khabar angin kononnya Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan meninggalkan BAM untuk menjadi pemain profesional.
Pengarah Kejurulatihan ABM itu berkata beregu lelaki negara itu masih berada di bawah naungan badan induk BAM.
Gandingan itu akan menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Jepun dan Terbuka Korea Selatan bulan ini di bawah kelelolaan badan induk berkenaan.
__
Selangor dijangka tiada masalah untuk berdepan Sabah pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam ini.
Ia susulan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu bakal turun tanpa empat tonggak utama mereka ekoran alami kecederaan.
Ikuti aksi Sabah dan Selangor secara langsung jam 8:15 malam ini di Astro saluran 146!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi