← Back to list
Wai Ching cipta rekod baharu Malaysia Book of Records!
Jan 14, 2026
Soh Wai Ching catat sejarah baharu dalam Malaysia Book of Records!
Jaguh larian menara negara itu menamatkan pendakian 106 tingkat Menara Exchange kurang 14 minit.
__
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir seawal pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka India.
Juara dunia itu tewas straight kepada beregu campuran dari China.
Turut kandas, dua pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh serta Leong Jun Hao yang tarik diri.
__
Dan, Negeri Sembilan melengkapkan sesi perpindahan kedua pemain musim ini dengan mendapatkan khidmat Muhammad Amirul Adli Azmi dari kelab Singapura.
Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman dari kelab berkenaan dan akan membantu skuad Jang hingga hujung saingan musim ini.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu akan berkunjung ke Stadium MBPJ untuk berdepan bekas kelabnya, Selangor bagi aksi Liga Super.
Anda boleh saksikannya secara langsung jam 8:15 malam ini di Astro, saluran 146 dan aplikasi Sooka!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi