← Back to list
Azryin Ayub-Tan Wee Kiong kejutkan pilihan keempat dari Denmark!
Jul 17, 2025
Azryin Ayub-Tan Wee Kiong mengesahkan slot ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Jepun.
Beregu lelaki negara itu kejutkan pilihan keempat dari Denmark dalam pertarungan tiga set.
Turut mara, satu lagi beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang tewaskan gandingan Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, dua beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai terlebih dahulu menempah tiket selepas tewaskan lawan masing-masing.
Sementara itu, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dijadualkan berdepan gandingan Chinese Taipei pada pusingan kedua malam ini.
__
Skuad B-23 Tahun negara bawa misi wajib menang ke atas Brunei pada aksi kedua Kumpulan A saingan Piala ASEAN B-23, esok.
Ia bagi membuka peluang skuad Harimau Muda untuk meraih slot separuh akhir.
Pengendalinya, Nafuzi Zain turut mengingatkan anak buahnya agar menjadikan kekalahan 0-2 kepada Filipina sebelum ini sebagai pengajaran untuk bangkit.
Malaysia kini menghuni tangga ketiga kumpulan tanpa sebarang mata, manakala Indonesia mengungguli kedudukan dan berkongsi tiga mata bersama Filipina di tangga kedua.
__
Dan, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai Pemain Pilihan Peminat Liga Pro Saudi 2024-25 selepas mengumpul 15 anugerah Pemain Terbaik Perlawanan sepanjang musim.
Bintang veteran Portugal itu menjadi antara penyerang berbisa di liga berkenaan dengan Al-Nassr antara pesaing utama kejuaraan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi