← Back to list
Badminton Terbuka China: 4 Beregu Negara Mara
Sep 17, 2024
4 beregu negara berjaya melepasi pusingan pertama Badminton Terbuka China 2024.
Beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara selepas tumpaskan wakil tuan rumah.
Arif Junaidi-Yap Roy King pula singkirkan pasangan Amerika Syarikat manakala beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai kalahkan gandingan Singapura.
Namun beregu lelaki, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong serta perseorangan wanita, Goh JIn Wei gagal meneruskan kemaraan.
Nasib sama menimpa perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang dikejutkan pemain Jepun.
---
Pengendali JDT optimis skuadnya bakal beri aksi terbaik apabila berdepan Shanghai Port pada aksi sulung Liga Juara-Juara Asia Elit esok.
Hector Bidoglio juga memaklumkan, mereka mungkin guna corak menyerang dalam usaha merobek gawang tuan rumah.
Sementara itu bintang muda JDT, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman sah akan sertai Kuching City FC secara pinjaman bagi baki saingan Liga Super.
---
Juara bertahan Real Madrid akan memulakan aksi pertahan trofi Liga Juara-Juara pagi esok dengan menentang kelab Jerman, Stuttgart.
Difahamkan, Jude Bellingham akan kembali beraksi untuk Real selepas sebulan berehat ekoran kecederaan otot.
Tonton perlawanan Real-Stuttgart secara langsung pada 3 pagi nanti Astro saluran 818.
Liverpool pula akan memulakan kempen Liga Juara-Juara pagi esok dengan menentang AC Milan di Itali.
Saksikan perlawanan Liverpool-Milan secara langsung pada 3 pagi nanti di Astro saluran 819.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi