← Back to list
Malaysia juara 3 acara pada badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol
Jun 20, 2021
Skuad badminton negara juara 3 acara!
Malaysia raih 3 gelaran pada badminton Cabaran Antarabangsa Sepanyol!
S. Kisona muncul juara perseorangan wanita selepas tumpaskan rakan senegara, Goh Jin Wei dengan straight set.
Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing pula tumpaskan wakil England yang merupakan pilihan ke-3 kejohanan dalam pertarungan 3 set sebelum menjuarai acara beregu campuran.
Kai Wun meraih kemenangan berganda apabila turut menjuarai acara beregu lelaki apabila bergandingan dengan Man Wei Chong untuk menewaskan wakil Perancis dengan straight set.
---
Connie Chu raih emas di Kazakhstan!
Connie Chu muncul juara acara lempar cakera wanita pada kejohanan olahraga di Kazakhstan.
Atlet berusia 27 tahun itu membuat catatan 43.65 meter pada balingan terakhirnya untuk meraih emas.
Johnathan Nyepa pula raih perak dalam acara 100 meter lelaki dengan catatan 10.64 saat manakala emas diraih peserta tuan rumah.
Manakala Rayzam Shah Wan Sofian tamatkan acara 110 meter lari berpagar lelaki di tempat ke-3 dengan catatan 14.18 saat.
---
Saingan kumpulan F EURO 2020 masih terbuka!
Foto: Reuters
Jerman bangkit daripada ketinggalan untuk benam juara bertahan, Portugal 4-2 pada aksi kumpulan F.
Ia sekaligus menyaksikan Jerman meraih kemenangan pertama mereka pada kejohanan tersebut.
Dalam satu lagi aksi, Hungary cipta kejutan apabila seri 1-1 dengan Perancis.
Kesemua pasukan dalam kumpulan F masih berpeluang melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik memasuki perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Sementara itu, aksi tunggal kumpulan E pula berkesudahan Sepanyol seri 1-1 dengan Poland.
Poland hidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya menerusi jaringan penyamaan penyerangnya, Robert Lewandowski.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi