← Back to list
Final Piala FA: Johor Umum Cuti
Aug 20, 2024
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos sempena aksi final Piala FA antara JDT dengan Selangor Sabtu ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian cuti itu sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab JDT.
---
Skuad gimrama Wilayah Persekutuan tampil aksi cemerlang pada SUKMA Sarawak apabila sapu bersih kesemua 6 emas yang dipertandingkan.
Sementara itu Sarawak masih kekal di tangga teratas senarai kutipan pingat dengan 34 emas diikuti Wilayah Persekutuan dengan 27 emas dan Terengganu dengan 13 emas.
---
Leicester bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1 sama dengan Tottenham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi.
Jamie Vardy muncul penyelamat apabila jaringkan gol penyamaan Leicester pada babak kedua.
Gol tersebut menyaksikan Vardy telah jaringkan 104 gol dalam saingan EPL sejak mencecah usia 30 tahun.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi