← Back to list
Piala Mandiri ASEAN: Skuad B-23 negara berdepan misi wajib menang
Jul 21, 2025
Nafuzi Zain tuntut anak buahnya bersedia secara fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran Indonesia pada aksi Piala Mandiri ASEAN, malam ini.
Pengendali skuad bawah 23 tahun negara itu berkata ia bagi menyempurnakan misi wajib menang untuk layak ke separuh akhir.
Ikuti Piala Mandiri ASEAN secara langsung bermula 8:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Negeri Sembilan fokus bina momentum bagi mempersiapkan pasukan hadapi saingan Liga Malaysia yang bakal bermula bulan depan.
Pengendali skuad Jang, Nidzam Jamil berkata demikian menjelang perlawanan pramusim berdepan pasukan dari Indonesia bagi merebut Piala Serumpun di Paroi, malam ini.
Nidzam juga tuntut anak buahnya menggunakan aksi berkenaan sebagai persiapan berdepan JDT pada aksi pertama Liga Super nanti.
__
Beralih ke bola sepak antarabangsa,
Tonggak Manchester United, Marcus Rashford dilapor sudah tiba di Sepanyol bagi melengkapkan perpindahan ke Barcelona.
__
Tiada istilah putus asa buat Pearly Tan-M Thinaah!
Beregu wanita negara itu melaungkan keazaman untuk bangkit dan buru kejayaan pada kejohanan badminton Terbuka China yang bermula esok.
Terdahulu, Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kekalahan straight set kepada beregu wanita nombor satu dunia China pada aksi final Terbuka Jepun.
__
Dan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin enggan terlalu memikirkan status sebagai beregu lelaki nombor satu dunia.
Sebaliknya Nur Izzuddin berkata mereka hanya mahu fokus kepada prestasi sendiri dan persiapkan diri dengan lebih baik pada masa akan datang.
Untuk rekod, Sze Fei-Nur Izzuddin dijangka kehilangan status nombor satu dunia apabila ranking BWF dikemaskini esok.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi