← Back to list
Miller masih bimbing skuad pecut negara
Apr 22, 2021
Dwayne Miller kekal membimbing skuad pecut negara.
Kesatuan Olahraga Malaysia mengekalkan tugas Pengarah Teknikalnya itu biarpun 2 jaguh pecut, Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi ambil keputusan meninggalkan kem negara untuk kembali berlatih dengan Poad Md Kassim.
Dalam pada itu, Miller menghormati keputusan kedua-dua pemenang pingat emas acara 100 meter Sukan SEA itu selagi ia akan membantu mereka.
Jelasnya kepada Nadi Arena, sesetengah atlet perlukan jangka masa panjang untuk dapatkan prestasi terbaik manakala ada yang hanya perlukan tempoh singkat.
Foto: Stadium Astro
Miller berkata demikian selepas Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi hanya jalani latihan selama 8 bulan di bawah kendaliannya.
Dia juga masih yakin pelari negara mampu untuk melepasi had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo iaitu 10.05 saat.
Untuk rekod, Miller pernah bantu LaShawn Merritt selama 4 tahun sehingga pelari Amerika Syarikat itu meraih emas acara 400 meter pada Sukan Olimpik 2016.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi