← Back to list
Sultan Selangor murka keputusan MFL ke atas Selangor FC
Jun 26, 2024
Exco FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar letak jawatan daripada badan induk itu, serta-merta.
Dia yang juga Timbalan Presiden FAS mahu bertenang dan fokus untuk Selangor FC susulan kemelut bola sepak yang berlaku baru-baru ini.
Terdahulu, Sultan Selangor zahirkan rasa kecewa dan amat dukacita terhadap MFL dan FAM susulan hukuman dikenakan ke atas Selangor FC kerana tarik dari daripada Sumbangsih.
Baginda menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak masuk akal dan keterlaluan.
__
Sementara itu, MFL tampil menjelaskan mengenai sebab hukuman yang dikenakan ke atas Selangor FC.
CEOnya, Datuk Stuart Ramalingam berkata ia adalah proses undang-undang dan pihaknya buat keputusan berdasarkan peraturan dan mekanisme bola sepak.
Semalam, MFL umumkan Selangor FC antara lain didenda 100 ribu ringgit dan dipotong 3 mata pada saingan Liga Super kerana tidak hadir untuk perlawanan berkenaan.
__
Dalam perkenmbangan berkaitan, kerajaan Selangor bersetuju melancarkan usaha mengumpul dana bagi membayar denda dikenakan oleh MFL terhadap Selangor FC.
Usaha itu digerakkan sebagai solidariti kepada pasukan Selangor FC yang dibebankan dengan keputusan MFL itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi