← Back to list
Joehari letak jawatan Presiden FAM
Aug 27, 2025
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sah letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.
Peletakan jawatan itu hanya enam bulan selepas beliau dilantik sebagai Presiden FAM kelapan pada kongres pemilihan barisan kepimpinan baharu, Februari lalu.
Sementara itu, Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi diberikan tanggungjawab sebagai pemangku presiden sementara menunggu pemilihan presiden baharu.
__
Terengganu waspada cabaran Selangor pada aksi Liga Super, malam ini.
Pengendalinya, Badrul Afzan Razali turut gesa anak buahnya tidak dibuai dengan kemenangan 5-0 ke atas Brunei DPMM FC, minggu lalu.
Sebaliknya, fokus sepenuhnya bagi menyempurnakan misi menyekat Selangor pada perlawanan itu nanti.
Ikuti aksi antara Selangor dan Terengganu secara langsung bermula 7:30 malam ini di Astro Arena Bola, saluran 803 dan aplikasi Sooka!
__
Dan, beralih ke saingan STL Premier GP Penang,
Johor Tigris tewaskan Kelantan Warriors 2-1 pada aksi pertama.
Manakala, Melaka Titans tundukkan Bomba Fighters 2-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi