← Back to list
Liga Super: Selangor gagal manfaat bermain di laman sendiri 
Oct 27, 2025
Selangor gagal guna kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila seri tanpa jaringan dengan KL City pada aksi Liga Super malam tadi. 
Keputusan itu menyaksikan skuad The Red Giants duduki tangga ke 7 liga dengan 10 mata manakala KL City kekal di kedudukan kedua.  
Dalam aksi berasingan di Stadium Negeri Pulau Pinang, Imigresen FC dan Sabah mencatatkan keputusan seri 2-2. 
--- 
Arsenal kukuhkan kedudukan di persada EPL selepas tundukkan Crystal Palace 1-0. 
Gol kemenangan The Gunners dijaringkan oleh Eberechi Eze pada babak pertama perlawanan. 
Skuad kendalian Mikel Arteta itu telah harungi 10 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan dan mendahului saingan EPL dengan kelebihan 5 mata. 
Antara keputusan lain menyaksikan Aston Villa kejutkan Manchester City 1-0 , Tottenham benam Everton 3-0 dan Burnley atasi Wolves 3-2. 
--- 
Real Madrid terus ungguli saingan La Liga selepas skuad Los Blancos itu tundukkan Barcelona 2-1 pada aksi El Classico malam tadi. 
Jude Bellingham muncul wira apabila cipta 1 bantuan gol sebelum menjaringkan gol kemenangan Real ada hujung babak pertama. 
Real kini miliki 27 mata selepas 10 perlawanan, 5 mata mengatasi Barcelona di tangga kedua. 
					 
					
                      Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
                        Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
                      Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
						
                          
                            
Hari Minggu
                          
                          7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
                          
                            
Hujung Minggu
                          
                          8 pagi, 9 pagi, 10 pagi