← Back to list
BAM pisahkan pasangan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei
Mar 28, 2025
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan dipisahkan pada kejohanan akan datang.
Menurut BAM, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Prestasi baru-baru ini.
Badan induk itu menjelaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan cadangan daripada panel kejurulatihan selepas perbincangan terperinci.
Sejak digandingkan pada hujung 2022, Tang Jie-Ee Wei berjaya raih tiga gelaran Jelajah Dunia BWF iaitu Masters Orleans 2023, Terbuka Taiwan 2023, dan Terbuka Korea 2024.
Terdahulu, jurulatih beregu campuran, Nova Widianto maklumkan sudah mengesan hubungan dingin antara Tang Jie dan Ee Wei sejak temasya Olimpik 2024.
__
Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky sahkan gandingan baru buat Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bagi lima kejohanan akan datang.
Tang Jie akan berganding bersama Chan Wen Tse manakala Ee Wei dengan Loo Bing Kun.
__
Sementara itu, Ng Tze Yong enggan meletakkan harapan terlalu tinggi apabila kembali beraksi pada Kejohanan Badminton Asia, bulan depan.
Sebaliknya, pemain perseorangan lelaki negara itu mahu memastikan dirinya bebas daripada kecederaan.
Selepas lebih setahun berehat akibat masalah belakang, Tze Yong dijadualkan berdepan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada pusingan pertama.
__
Dan, Pengarah Teknikal Terjun Negara berharap Datuk Pandelela Rinong mampu layakkan diri ke Final Piala Dunia Terjun Mei depan.
Jelasnya, Pandelela perlu tamatkan saingan dalam kelompok 12 terbaik dalam dua kejohanan bulan depan iaitu di Mexico dan Kanada.
Tahun lalu, pemenang dua pingat Olimpik itu mengharungi musim kurang baik apabila tidak melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi