← Back to list
Amorim Teruja Sokongan Peminat Di Malaysia
May 28, 2025
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim teruja melihat sokongan peminat di Malaysia menjelang aksi persahabatan berdepan ASEAN All Stars malam ini.
Katanya meskipun Manchester United alami musim yang sukar, hubungan baik dengan peminat menjadikan mereka antara pasukan yang terbaik di dunia.
Untuk rekod, kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada jelajah pramusim 2009 dengan mencatat dua kemenangan ke atas Malaysia.
.....
Dalam pada itu, Amorim sedia beri peluang kepada pemain ASEAN All Stars yang berkualiti untuk menyarung jersi The Red Devils.
Pengendali dari Portugal itu berkata Manchester United sentiasa mencari bakat yang terbaik di seluruh negara tanpa mengira bangsa.
.....
Sementara itu, Perdana Menteri berseloroh di Facebook beliau mengenai pasukan yang akan disokong malam ini.
Bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap barisan pemain Manchester United dan ASEAN All Stars itu dapat berikan aksi terbaik.
.....
Akhir sekali, 2 beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat – Shevon Lai mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.
Sementara itu, 8 wakil negara termasuk gandingan nombor satu dunia, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin akan beraksi pada pusingan pertama hari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi