← Back to list
Olimpik Paris: Nasib Berbeza Wakil Bandminton, Menembak dan Renang
Jul 28, 2024
Foto - Paris 2024
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit kalahkan wakil Great Britain pada aksi pertama peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris.
Turut mencatat kemenangan, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menewaskan lawan dari Singapura.
Beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah pula bertarung sengit sebelum tewas kepada pasangan pilihan pertama dari China.
Sementara itu, perenang negara, Khiew Hoe Yean kandas pada pusinga kelayakan acara 400 meter gaya bebas lelaki.
Cabaran penembak negara, Johnathan Wong pula berakhir di pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol lelaki.
-----
Foto - Football Association of Malaysia
Hasrat Malaysia untuk mempertahankan gelaran juara bola sepak Kejuaraan Asean Bawah 19 di Surabaya tidak kesampaian.
Skuad kendalian Juan Torres Garrido tewas tipis 0-1 kepada tuan rumah, Indonesia pada peringkat separuh akhir.
Lawan Malaysia pada penentuan tempat ketiga esok ialah Australia yang sebelum itu juga tewas 0-1 kepada Thailand.
-----
Foto - Selangor FC
Selangor catat kemenangan selesa 4-1 ke atas Penang di Stadium MBPJ untuk melonjak ke tangga kedua Liga Super.
Keputusan itu menyaksikan skuad Red Giants kembali ke landasan kemenangan selepas tewas kepada KL City dan Terengganu pada separuh akhir pertama Piala FA.
Satu lagi pertemuan menyaksikan KL City dan Sri Pahang berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi