← Back to list
JDT Belasah Kedah
Mar 30, 2025
JDT belasah Kedah 6-1 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.
Bergson Da Silva muncul wira kepada juara Liga Super 11 musim berturut-turut itu dengan jariangan hatrik.
Ia juga merupakan kemenangan ke-21 pasukan Harimau Selatan dalam saingan liga musim ini.
---
Penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan Hashimuddin dilapor cedera termasuk patah hidung ekoran berlaga dengan rakan sepasukan, Mykola Ahapov ketika latihan minggu lalu.
Namun dia berharap sempat pulih untuk membolehkannya beraksi kali pertama di pentas final Piala Malaysia menentang JDT kira-kira sebulan lagi.
---
Real Madrid bangkit dari ketinggalan untuk tewaskan Leganes 3-2 dalam pertembungan La Liga mereka pagi tadi.
Kylian Mbappe menjaringkan gol kemenangan hasil sepakan percuma pada minit ke-76.
Keputusan itu menyamakan mata Real dengan pendahulu liga, Barcelona.
Sementara itu Atletico yang berada di tempat ke-3 hanya mampu seri 1 sama dengan Espanyol.
---
Nottingham Forest melangkah separuh akhir Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 34 tahun.
Ini selepas kelab itu tumpaskan Brighton 4-3 hasil penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan hingga tamat masa tambahan.
Crystal Palace juga berjaya mara setelah kalahkan Fulham 3-0.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi