← Back to list
Piala Thomas: Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Denmark
Apr 30, 2024
Malaysia ketinggalan 0-1 kepada Denmark pada aksi terakhir kumpulan D Piala Thomas.
Ini selepas perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tewas straight set kepada Viktor Axelsen.
Perlawanan ini akan menentukan juara kumpulan sebelum kedua-dua pasukan melangkah ke peringkat suku akhir.
Saksikan Malaysia menentang Denmark secara langsung sekarang di Saluran Astro 802 dan 811.
----
Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif tidak perlu jalani pembedahan ekoran kecederaan tangan yang dialaminya.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN berkata pihaknya sedang memantau dan merawat kecederaan tersebut yang dijangka sempat pulih sebelum Olimpik Paris, Julai depan.
Untuk rekod, Nur Shazrin bakal beraksi pada temasya Olimpik ketiganya di Paris.
---
FAM nafi dakwaan sesetengah pihak yang sifatkan prestasi skuad Bawah 23 Tahun negara berada pada tahap membimbangkan.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata skuad muda negara mberjaya tempatkan diri dalam kelompok 19 pasukan terbaik Asia sekaligus memenuhi sasaran F:30.
Terdahulu, skuad muda negara dikritik hebat apabila pamer prestasi kurang memberangsangkan pada Piala Asia di Qatar yang menyaksikan mereka tersingkir pada peringkat kumpulan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi