← Back to list
AFC mahu PFAM bersikap rasional
Mar 30, 2020
Foto : Stadium Astro
Konfederasi Bolasepak Asia mahu Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia bersikap rasional berhubung masalah kewangan yang dihadapi pasukan akibat pandemik COVID-19.
Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John berkata ini bukan masanya untuk berpegang kepada kontrak kerana dunia sedang berdepan situasi luar biasa.
Terdahulu, PFAM membantah cadangan pemotongan gaji pemain biarpun banyak pasukan berdepan masalah kewangan.
Menurutnya, kontrak yang ditandatangani pemain dan pasukan perlu dihormati terutamanya isu pembayaran gaji.
Foto : Facebook JST
Sementara itu, pemain dan staf JDT setuju memotong 33 peratus daripada gaji mereka dalam usaha membantu pasukan tersebut.
Menurut laman FB Johor Southern Tigers, sebahagian daripada gaji yang dipotong itu akan didermakan kepada
Tabung Bencana Negeri Johor bagi meringankan beban mereka yang terjejas wabak COVID-19.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi