← Back to list
Aktiviti sukan bersentuhan tidak dibenarkan.
Oct 14, 2020
Atlet negara masih dibenar jalani latihan berpusat di Lembah Klang ketika pelaksanaan PKPB.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti sukan tidak bersentuhan di kawasan terbuka yang tidak melebihi 10 orang turut dibenarkan.
Bagaimanapun, aktiviti sukan bersentuhan, sukan bertempur dan aktiviti kolam renang tidak dibenarkan dalam tempoh berkenaan bagi mengekang penularan COVID-19.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPN di Lembah Klang bermula tengah
malam tadi sehingga 27 Oktober ekoran peningkatan mendadak kes COVID-19 di negara ini.
Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan gesa operator fasiliti sukan di Sabah mematuhi arahan pelaksanaan PKPB agar tiada sebarang aktiviti sukan dijalankan sehingga 26 Oktober ini.
Menurutnya, ia bagi mengekang penularan COVID-19 yang menyaksikan peningkatan kes positif
harian mendadak di negeri tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi