← Back to list
Apa nasib Kasma Daniel dalam Moto2?
Dec 05, 2020
Apa nasib Kasma Daniel dalam Moto2?
Foto - OneXOX TKKR SAG Team
Hala tuju pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin akan diputuskan dalam waktu terdekat ekoran kerjasama baru pasukan SAG Team bersama Mandalika Racing Team dari Indonesia.
SAG Team sebelum ini menjalin usahasama dengan pasukan Malaysia, TKKR Racing Team namun prinsipal pasukannya, Bobbie Farid Shamsuddin umum penarikan diri minggu lalu ekoran rundingan tersebut.
Pada masa ini, pelumba berusia 20 tahun itu yang membuat kemunculan sulung dalam kejuaraan dunia Moto2 musim ini masih mempunyai kontrak semusim lagi bersama SAG Team.
-----
KBS mahu perkenalkan gelembung sukan
Foto - Bernama
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam memastikan penganjuran sukan tempatan dan antarabangsa dapat dijalankan semula tahun depan menerusi pengenalan gelembung sukan.
Sehubungan itu, KBS kini sedang mengkaji beberapa model gelembung sukan yang diguna pakai di luar negara termasuk pertandingan bola sepak ketika ini.
Cadangan model gelembung sukan itu katanya akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk pertimbangan dalam usaha merealisasikan hasrat berkenaan.
-----
Harimau Malaya kembali berlatih bulan depan?
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan, pihaknya sedang berusaha untuk mengadakan kem latihan pusat buat skuad Harimau Malaya seawal bulan depan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, beberapa perkara sedang diuruskan termasuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa susulan pandemik COVID-19.
Latihan pusat itu adalah sebagai persediaan awal skuad negara bagi menghadapi dua tugasan penting iaitu kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala AFF pada Mac dan April depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi