← Back to list
Arul Selvaraj bimbing skuad The Speedy Tigers
Aug 04, 2020
Arul Selvaraj bimbing skuad The Speedy Tigers
Foto - AviralBox
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini melantik Arul Selvaraj sebagai ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan yang baru bagi menggantikan Roelant Oltmans yang meletak jawatannya, hujung bulan lalu.
Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal berkat,a Arul yang merupakan bekas pemain kebangsaan ditawarkan kontrak selama dua tahun dengan sasaran utama menyediakan pasukan terkuat bagi menghadapi temasya Sukan Asia 2022.
Bekas ketua jurulatih pasukan UniKL itu dijangka mulakan tugasnya dalam tempoh dua minggu selepas tamat tempoh kuarantin wajib yang akan beliau jalani apabila pulang ke tanah air tidak lama lagi.
-----
Kluster baru tak jejas Liga-M
Foto - Utusan
Saingan bola sepak Liga Malaysia tetap akan disambung semula seperti yang dijadualkan 26 Ogos ini, meskipun wujud kluster baru jangkitan COVID-19 di dalam negara baru-baru ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kewujudan kluster itu tidak menjadi halangan kerana setiap pemain yang beraksi dalam Liga-M telah menjalani ujian saringan COVID-19.
Tambahnya, pasukan Liga-M yang telah menjalani ujian saringan COVID-19 boleh mengadakan perlawanan persahabatan kecuali dengan pasukan luar yang tidak menjalani ujian saringan.
-----
Kedah komited lunas tunggakan gaji
Foto - Kedah Football Association
Persatuan Bola Sepak Kedah komited untuk melunaskan tunggakan gaji pegawai serta pemain skuad Lang Merah secara berperingkat bermula pertengahan bulan ini.
Presiden KFA, Sanusi Md Nor berkata, buat permulaan tunggakan gaji bulan Mac akan diselesaikan sebelum 15 Ogos ini.
Satu jawatankuasa khas kewangan pula akan dibentuk untuk cari mekanisme terbaik selesaikan tunggakan gaji empat bulan dengan situasi menang-menang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi