← Back to list
Atlet Negara Mungkin Kembali Berlatih 1 Jun
May 01, 2020
Atlet Negara Mungkin Kembali Berlatih 1 Jun
Kementerian Belia dan Sukan telah kemukakan beberapa cadangan SOP kepada Majlis Keselamatan Negara untuk benarkan atlet kembali jalani latihan di MSN dan ISN.
Timbalan Menterinya berkata antara cadangan tersebut termasuk mengamalkan penjarakkan sosial, melakukan ujian pemeriksaan terhadap atlet serta kluster tempat latihan.
Tambahnya, jika cadangan tersebut diterima MKN, para atlet mungkin dibenarkan jalani latihan semula mulai 1 Jun ini.
Peluang Harif Salleh ke Kejohanan Dunia Tipis
Pelumba Terengganu Cycling Team, Harif Salleh akui peluangnya untuk beraksi pada Kejohanan Dunia semakin tipis.
Ini selepas Konfederasi Berbasikal Asia berhasrat membatalkan Kejohanan Lebuhraya Asia, Julai depan akibat pandemik COVID-19.
Harif sasar raih emas pada kejohanan itu bagi membolehkan dia raih slot ke Kejohanan Dunia di Switzerland, September nanti.
Aaron Chia Sasar Mara ke Final Piala Thomas
Pemain badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia letak sasaran peribadi untuk mara ke final Piala Thomas.
Menurutnya, ia bukan sesuatu yang mustahil memandangkan kejohanan tersebut ditunda buat kali kedua pada Oktober ini dan skuad negara miliki lebih banyak masa untuk persiapkan diri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi