← Back to list
Atlet Program Khas Boleh Berlatih Sepenuh Masa
Jun 28, 2020
Bermula 5 Julai, semua atlet di bawah Program Road To Tokyo, Program Podium dan Program Pelapis Kebangsaan dibenarkan jalani latihan harian sepenuh masa.
Kementerian Belia Dan Sukan berkata kebenaran akan diberikan secara berperingkat dan semua program perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN.
Pihaknya juga mengarahkan MSN dan ISN kaji semula program latihan yang sudah dirangka sebelum ini mengikut norma baru kesan daripada pandemik COVID-19.
Sementara itu, skuad hoki lelaki kebangsaan bakal jalani semula latihan tanpa kontak bermula Rabu ini.
Bagaimanapun, menurut Konfederasi Hoki Malaysia, skuad wanita perlu tunggu hingga hujung Julai ini bagi menyelesaikan proses pemilihan ketua jurulatih baru yang tergendala ekoran pandemik COVID-19.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi