← Back to list
Azizulhasni Awang raih gangsa di Kejohanan Dunia
Feb 28, 2020
Azizulhasni Awang raih gangsa di Kejohanan Dunia
Foto - Guy Swarbrick
Jaguh berbasikal trek, Azizulhasni Awang bersyukur raih pingat gangsa acara keirin pada Kejohanan Dunia di Berlin, Jerman.
Azizul akui, nasib tidak menyebelahinya apabila diundi untuk bermula paling depan yang mengganggu taktikal kayuhan.
Namun dia dan pasukan masih percaya mereka berada di landasan terbaik untuk memburu emas di Olimpik Tokyo nanti.
-----
Stuart Wark kesal tak dapat bantu TFC
Foto - Terengganu Football Club
Stuart Wark luah rasa kesal kerana tidak dapat membantu pasukan barunya, Terengganu FC bertemu Perak pada aksi pertama Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam esok.
Pemain berstatus kacukan Malaysia-Scotland itu mengalami kecederaan lutut yang memaksanya berehat beberapa minggu sebelum kembali menyarung jersi skuad Penyu itu.
Namun, Wark akui walaupun tanpanya skuad bimbingan Nafuzi Zain itu sudah bersedia sepenuhnya untuk mengutip tiga mata penuh lebih-lebih lagi apabila beraksi di tempat sendiri.
-----
PDRM terlepas hukuman FAM
Foto - Berita Harian
Persatuan Bola Sepak Malaysia sahkan, PDRM terlepas hukuman pemotongan 6 mata Liga Super susulan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan itu.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pasukan itu capai persetujuan pelan penyelesaian sebelum tarikh akhir kedua yang berakhir semalam.
FAM akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan pasukan terbabit mengikuti pelan penyelesaian baki tunggakan gaji seperti yang dipersetujui bersama.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi