← Back to list
Brendan Gan mahu fokus kepada saingan Liga Super
Aug 13, 2020
Foto : Stadium Astro
Brendan Gan akur dengan keputusan FIFA dan AFC untuk tangguhkan aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Oktober dan November ini ke tahun depan.
Pemain tengah Harimau Malaya itu beritahu kami, ia memberi peluang kepadanya untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada saingan Liga Super yang akan bersambung semula 26 Ogos ini.
Brendan turut yakin barisan kejurulatihan skuad kebangsaan akan buat perancangan rapi memandangkan skuad Harimau Malaya bakal berdepan jadual padat tahun depan ekoran penundaan tersebut.
Foto : Stadium Astro
Dalam pada itu, Tan Cheng Hoe lega aksi kelayakan Piala Dunia 2022 ditangguh ke tahun depan.
Pengendali Harimau Malaya itu beritahu Nadi Arena, walaupun bakal berdepan jadual padat tahun depan, ia beri ruang kepadanya untuk bentuk pasukan yang lebih mantap dan jalani persiapan lebih rapi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi