← Back to list
Cheng Hoe Mahu Anak Buah Bangkit!
May 27, 2021
Skuad Harimau Malaya perlu pamer kebangkitan apabila berdepan Bahrain pada aksi persahabatan antarabangsa malam esok.
Pengendalinya, Tan Cheng Hoe berkata aksi tersebut mampu jadi cerminan prestasi anak buahnya menjelang aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 berdepan UAE, 3 Jun depan.
Cheng Hoe juga akui barisan pertahanannya perlu beraksi lebih baik selepas prestasi hambar mereka ketika tumpas 1-4 kepada Kuwait pada aksi persahabatan sebelum ini.
Sementara itu, Junior Eldstal ingatkan rakan sepasukannya agar tidak gentar dengan Bahrain.
Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya itu berkata demikian menjelang aksi malam esok.
Dia turut menggesa rakan sepasukannya agar fokus kepada kemampuan sendiri biarpun kedudukan Bahrain dalam ranking FIFA jauh lebih baik daripada pasukan kebangsaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi