← Back to list
Cheng Hoe enggan terburu-buru panggil Azam
Oct 22, 2019
Cheng Hoe enggan terburu-buru panggil Azam
Foto - Berita Harian
Tan Cheng Hoe enggan terburu-buru bawa masuk semula Nor Azam Azih ke dalam skuad Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan.
Sebaliknya jurulatih itu akan melihat dahulu sama ada Azam akan diturunkan Pahang pada separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Kedah di Kuantan, Sabtu ini.
Pemain tengah itu dilapor mengambil ubat penahan sakit ketika bantu Pahang menentang Kedah pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu lalu.
-----
Nik Akif belum pasti sertai Terengganu FC
Foto - Dunia Sukan
Terengganu FC belum pasti membawa masuk bintang muda Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat ke dalam skuad Penyu, musim depan.
Sebaliknya pengurus TFC, Shahrizal Yahya beritahu Harian Metro, segala keputusan diserahkan kepada barisan kejurulatihan yang diketuai Nafuzi Zain.
Lagipun katanya, pemain berusia 20 tahun itu masih berbaki kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan.
-----
The Pocket Rocketman mahu menulis buku
Foto - BERNAMA
Jaguh basikal trek, Azizulhasni Awang beri bayangan terbitkan buku untuk menceritakan secara terperinci apa yang berlaku pada setiap perlumbaan yang dimenanginya.
Jijoe percaya ramai yang tidak dapat membayangkan apa sebenarnya yang berlaku dan terlalu banyak cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama.
The Pocket Rocketman raih pingat emas acara pecut individu lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia semalam, yang keenam baginya dalam acara pecut individu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi