← Back to list
Cheong Jun Hoong kembali ke tanah air
May 22, 2020
Cheong Jun Hoong kembali ke tanah air
Foto - BH Plus
Jaguh terjun negara, Cheong Jun Hoong antara 30 atlet Program Road to Tokyo yang bersetuju sertai kem latihan yang melibatkan tiga kluster pilihan bermula 1 Jun depan.
Ia sekaligus menyaksikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Yang Zhuliang akan kembali ke Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil buat kali pertama sejak ditamatkan kontrak pada 2017.
Jun Hoong sebelum ini ambil keputusan berkelana ke China selama tiga bulan untuk mendapatkan sentuhan Zhuliang yang pernah membantunya raih emas di Kejohanan Dunia juga pada 2017.
-----
Penganjur JM 2017 selesai wang hadiah secara ansuran
Foto - Astro Arena
Penganjur perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2017 berkata, pihaknya sedang dalam proses untuk membayar wang hadiah kemenangan secara ansuran di mana hampir 50 ribu ringgit sudah dilunaskan.
Menuru ARENA, penganjur terbabit sudah mula buat pembayaran secara ansuran sejak tahun lalu dan pihaknya beri jaminan ia akan dilangsaikan menjelang November tahun depan.
Difahamkan, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia sudah terima lebih 30 peratus daripada bayaran ansuran itu dan akan disalurkan kepada pasukan terlibat selepas Aidilfitri nanti.
-----
Enam prospek olahraga ke Olimpik Tokyo
Foto - Malay Mail
Enam atlet olahraga kebangsaan dikenalpasti mempunyai peluang untuk meraih tiket secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal berlangsung pada tahun hadapan.
Ini termasuklah dua jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa, pemegang rekod kebangsaan lompat jauh, Andre Anura Anuar serta pelari pecut kebangsaan, Haiqal Hanafi.
Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abd Jalil berkata, dua lagi ialah atlet lempar cakera, Irfan Shamsuddin dan pemegang rekod kebangsaan lompat kijang, Hakimi Ismail.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi