← Back to list
Datuk Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Buat Malaysia!
Aug 08, 2021
Malaysia menambah kutipan pingat di hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo!
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat negara bagi acara keirin!
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu sekaligus memperbaiki pencapaian beliau meraih gangsa pada edisi Rio 2016.
Wakil Great Britain, Jason Kenny berjaya mempertahankan pingat emas pada acara itu manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen raih gangsa.
Malaysia sebelum ini memenangi gangsa bagi acara beregu lelaki menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Dalam pada itu, rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom kandas di pusingan suku akhir.
Terdahulu, Shah Firdaus layak ke saingan suku akhir selepas pamer semangat juang yang tinggi pada pusingan repechage walaupun alami kemalangan pada peringkat saringan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi