← Back to list
Datuk Lee Chong Wei nafi mahu bersara
Jun 07, 2019
Foto - Stadium Astro
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, beliau belum lagi memikirkan tentang persaraan.
Katanya kepada The Star, tiada sebarang keputusan dibuat dan beliau mahu diberi ruang untuk menentukan masa depannya.
Foto - Stadium Astro
Chong Wei belum beraksi dalam mana-mana kejohanan sejak disahkan menghidap kanser hidung, Julai tahun lalu.
Cakap-cakap kemungkin Chong Wei menggantung raket timbul apabila dia tidak berlatih sejak April lalu apabila pergi ke Taiwan untuk mendapatkan rawatan susulan.
Foto - Stadium Astro
Sebelum ini, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu kerap menjalani latihan tiga kali seminggu di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara.
Chong Wei disahkan bebas kanser hidung pada November lalu dan mula menjalani latihan kecergasan pada awal Januari, tahun ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi