← Back to list
Datuk Ong Kim Swee akui perit gagal ke pusingan akhir AFC Bawah 23
Mar 27, 2019
Foto - Stadium Astro
Datuk Ong Kim Swee akui amat perit apabila skuad kendaliannnya gagal melayakkan diri ke Kejuaraan AFC Bawah 23 di Thailand, tahun depan biarpun tidak tewas di pusingan kelayakan.
Malaysia menamatkan pusingan kelayakan selaku naib juara kumpulan, berkongsi tujuh mata dengan China yang memiliki kelebihan jaringan untuk bergelar juara.
Foto - Stadium Astro
Apa pun jurulatih berusia 49 tahun itu berkata, kesungguhan dan komitmen para pemain amat dihargai namun banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir bagi memberi sokongan padu pada pemain negara sepanjang kempen kelayakan.
Foto - Stadium Astro
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Dato' Hamidin Mohd Amin dalam pada itu memuji aksi dipamerkan anak didik Datuk Ong Kim Swee biarpun tersingkir di pusingan kelayakan.
Katanya, kejayaan pasukan kadang-kala tidak boleh diukur dengan kalah atau menang sebaliknya menerusi prestasi dan corak permainan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi