← Back to list
EGM jalan terakhir selamatkan KAFA
Aug 03, 2020
EGM jalan terakhir selamatkan KAFA
Foto - Malaysia Gazette
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dilihat sebagai jalan terakhir untuk mengelakkan Persatuan Bola Sepak Kelantan daripada digantung FIFA kerana masalah kewangan serta gagal menyelesaikan hutang.
Legenda Kelantan, Hashim Mustapha berkata, pelaksanaan EGM itu adalah bagi memberi laluan kepada persatuan untuk menentukan hala tuju baru bola sepak negeri yang mengalami pelbagai masalah baik dari segi kewangan, pengurusan dan sebagainya.
Malah katanya, KAFA yang diterajui pemangku presiden Datuk Shaari Mat Husin memerlukan barisan kepimpinan yang berupaya membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi badan induk itu, ketika ini.
-----
Malaysia jumpa musuh tradisi di Piala Thomas, Uber
Foto - Stadium Astro
Malaysia bakal bertemu musuh tradisi, Indonesia dalam peringkat kumpulan badminton Piala Thomas dan Piala Uber di Denmak, Oktober depan.
Untuk saingan Piala Thomas, skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Belanda dan England.
Bagi Piala Uber pula, skuad wanita akan bertemu Indonesia, Australia serta juara 2010 di Kuala Lumpur, Korea Selatan.
-----
Vietnam ambil langkah kebelakang, ketepikan e-sukan
Foto - Malay Mail
Dr Yew Weng Kean anggap tindakan Vietnam tidak senaraikan sukan elektronik pada Sukan SEA di Hanoi tahun depan sebagai langkah ke belakang.
Pemenang pingat emas e-sukan pertama Malaysia itu berkata, Vietnam sepatutnya meneruskan tradisi di Manila kerana e-sukan menarik jumlah tontonan yang tinggi.
Tambahnya, Asia Tenggara adalah contoh kejayaan kepada dunia di mana e-sukan sedang dipertimbangkan untuk dipertandingkan pada Sukan Asia 2022 di China dan Olimpik 2026 di Paris
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi