← Back to list
Eki mahu kembali bangkit
Mar 06, 2020
Eki mahu kembali bangkit
Foto - Football Association of Malaysia
Penyerang Perak, Shahrel Fikri Fauzi berazam memanfaatkan Liga Malaysia musim ini untuk membina kembali kerjayanya supaya terus mendapat kepercayaan dan tempat dalam skuad The Bos Gaurus.
Bekas pemain PKNP FC itu turut sasar menjadi penjaring terbanyak yang merupakan sasaran peribadinya musim ini sekali gus menjadikan ia sebagai motivasi untuk berusaha lebih keras dalam latihan.
Eki jarang diturunkan sebagai penyerang utama musim lalu apabila gagal menyaingi bekas penyerang import dari Brazil Ronaldo Henrique Silva sekali gus menjejaskan prestasinya dan hanya meledak dua gol sepanjang musim.
-----
Lee Tuck yakin TFC mampu atasi Kedah
Foto - Terengganu Football Club
Kapten Terengganu FC, Lee Tuck mahu rakan sepasukannya melupakan kekalahan 1-3 kepada Perak pada aksi pembuka tirai Liga Super, Sabtu lepas.
Sebaliknya Tuck mahu rakan-rakannya bangkit dan mencipta kemenangan apabila berdepan Kedah di Stadium Darul Aman, malam esok.
Katanya, bukan mustahil untuk skuad Lang Merah ditumbangkan jika semua pemain beri 100 peratus komitmen sewaktu berada di atas padang.
-----
Atlet boling dilarang sertai kejohanan luar negara
Foto - theborneopost
Kongres Tenpin Boling Malaysia memutuskan untuk tidak membenarkan atlet boling negara menyertai semua kejohanan di luar negara sehingga bulan Mei berikutan penularan COVID-19.
Setiausaha Agung MTBC, Maradona Chok berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan nasihat Majlis Sukan Negara demi menjaga keselamatan atlet.
Namun katanya, pasukan boling negara akan terus memberi tumpuan kepada latihan di samping menjalani perlawanan play-off untuk memastikan mereka kekal kompetitif.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi