← Back to list
Fabio Quartararo sasar kemenangan hatrik
Aug 05, 2020
Fabio Quartararo sasar kemenangan hatrik
Foto - Petronas Yamaha SRT
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli mahu terus mengukuhkan prestasi cemerlang di perlumbaan GP Republik Czech di Litar Brno, hujung minggu ini.
Quartararo yang mengumpul mata tertinggi kejuaraan dunia dengan 50 mata selepas dua kemenangan berturut-turut di GP Sepanyol dan GP Andalusia, sasar catat kemenangan hatrik.
Rakan sepasukan Fabio, Franco Morbidelli juga berharap mampu menamatkan perlumbaan dalam lima kelompok terbaik di Litar Brno yang juga litar kegemarannya dalam kalendar perlumbaan MotoGP.
-----
Melaka United atur tiga aksi persahabatan
Foto - Melaka United Football Association
Melaka United atur tiga perlawanan persahabatan bagi menilai prestasi pemain menjelang pertemuan menentang Perak dalam aksi Liga Super pada 26 Ogos ini.
Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan berkata perlawanan itu penting bagi membolehkan pasukannya mencari rentak setelah pemain kembali menjalani latihan pada 15 Julai lalu.
Tiga pasukan yang bakal dihadapi skuad Sang Kancil dalam siri persahabatan tersebut ialah PDRM FA pada 8 Ogos, UiTM FC (14 Ogos) dan Felda United FC (19 Ogos).
-----
Jangan fokus Indonesia sahaja - Hendrawan
Foto - Badminton Planet
Malaysia memikul misi wajib menang ke atas pasukan England dan Belanda dalam aksi kumpulan terlebih dahulu jika mahu melangkah lebih jauh pada kejohanan badminton Piala Thomas, Oktober depan.
Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Kebangsaan, Hendrawan berkata, langkah seterusnya ialah menewaskan musuh tradisi, Indonesia bagi memastikan Malaysia bertemu lawan lebih mudah di peringkat suku akhir.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama juara 13 kali, Indonesia, Belanda dan England pada Piala Thomas yang bakal berlangsung di Aarhus, Denmark dari 3 hingga 11 Oktober 2020.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi