← Back to list
Fadhil Zonis padam rekod kebangsaan
Feb 29, 2020
Fadhil Zonis padam rekod kebangsaan
Foto - The Star
Atlet basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis cipta rekod baru kebangsaan dalam acara 1KM Ujian Masa Lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman.
Fadhil melakukan catatan masa 1 minit 00.305 saat sekaligus memadam rekod 1 minit 01.658 yang dicipta Rizal Tisin pada Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland pada 2009.
Catatan itu dilakukannya pada pusingan kelayakan namun gagal untuk menyaingi pelumba lain pada pentas akhir dan terpaksa berpuas hati di tangga ke-8 dengan catatan 1 minit 00.895 saat.
-----
JDT cipta hatrik Piala Sumbangsih
Foto - JohorSoutherTigers
Johor Darul Ta'zim julang Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut selepas kalahkan Kedah 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Jaringan tunggal Mauricio dos Santos itu juga sudah cukup untuk pastikan JDT kutip 3 mata penuh dalam saingan Liga Super.
Ini juga merupakan Piala Sumbangsih kelima buat skuad Harimau Selatan selepas memenangi trofi itu pada 2015 dan 2016.
-----
ASUM cadang panggil pulang Cheong Jun Hoong
Foto - Stadium ASTRO
Kesatuan Renang Amatur Malaysia pertimbang kemungkinan memanggil pulang ratu terjun negara, Cheong Jun Hoong bagi menyertai proses pemilihan ke Kejohanan Terjun Piala Dunia di Tokyo, April depan.
Jun Hoong sebelum ini terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut dan tidak menyertai sebarang pertandingan sejak Mei tahun lepas.
Ketika ini, juara dunia 2017 dalam acara platform 10 meter wanita itu sedang mengikuti program latihan khas bersama bekas jurulatihnya, Yang Zhuliang di China.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi