← Back to list
Fazriq Razif lebih minat beregu
Jul 27, 2020
Fazriq Razif lebih minat beregu
Foto - FMT
Pemain badminton remaja kebangsaan, Muhammad Fazriq Mohamad Razif belum buat keputusan sama ada mahu fokus dalam acara beregu atau perseorangan.
Katanya, dia seronok bermain dalam mana-mana acara namun lebih berminat untuk bermain dalam acara beregu seperti ayahnya, Datuk Razif Sidek.
Anak saudara Datuk Misbun Sidek itu sasar layak secara merit ke Kejohanan Remaja Dunia yang dijangka berlangsung di New Zealand, Januari depan.
-----
Tiada pilih kasih di ABM - Misbun Sidek
Foto - Stadium Astro
Datuk Misbun Sidek berkata, tiada pilih kasih dalam pemilihan pemain remaja di Akademi Badminton Malaysia untuk mewakili negara dalam sebarang kejohanan.
Tegas, Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, anak saudaranya, Muhammad Fazriq Mohamad Razif perlu membuktikan kemampuannya dan bersaing dengan pemain lain.
Bagaimanapun, Misbun menyifatkan pemain berusia 16 tahun itu memiliki bakat istimewa dan berpeluang cerah menyinar pada masa hadapan.
-----
Isu enjin tak jejas fokus Fabio Quartararo
Foto - Petronas Yamaha SRT
Juara GP Andalusia dan GP Sepanyol, Fabio Quartararo tidak risau dengan isu kegagalan enjin jentera Yamaha pada dua perlumbaan berturut-turut di Jerez.
Menurut pelumba MotoGP Petronas Yamaha Sepang Racing Team itu, fokus utamanya adalah berlumba dan bukan memikirkan mengenai isu masalah teknikal.
Pelumba Yamaha, Valentino Rossi alami kegagalan enjin pada GP Sepanyol manakala rakan sepasukan Fabio, Franco Morbidelli sewaktu GP Adalusia, semalam.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi