← Back to list
Flandy sedia galas tanggungjawab
May 19, 2020
Foto : Stadium Astro
Flandy Lempele sahut cabaran untuk galas tugas berat selepas dinamakan sebagai ketua jurulatih beregu lelaki BAM.
Jurulatih kelahiran Indonesia itu berkata misi pertamanya ialah untuk menempatkan beregu negara dalam kelompok 10 terbaik dunia terlebih dahulu.
Flandy sebelum ini bertanggungjawab menaikkan imej badminton India apabila membimbing beregu muda mereka.
Foto : Stadium Astro
Sementara itu, Roslin Hashim sifatkan keputusan BAM merombak barisan kejurulatihannya sebagai tindakan terburu-buru.
Bekas pemain perseorangan lelaki negara itu menjelaskan terdapat beberapa nama yang timbulkan persoalan memandangkan mereka masih belum ada pengalaman menjadi jurulatih di peringkat tertinggi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi