← Back to list
Guilherme De Paula Mampu Pamer Prestasi Terbaik.
Dec 06, 2021
Tan Cheng Hoe yakin Guilherme de Paula mampu pamer prestasi terbaiknya pada saingan Piala AFF kali ini.
Pengendali skuad Harimau Malaya itu percaya penyerang JDT berkenaan mampu membantu skuad kebangsaan meraih 3 mata pada aksi pertama berdepan Kemboja hari ini.
De Paula sebelum ini terima kritikan hebat penyokong bola sepak tempatan kerana prestasi kurang memberangsangkan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.
Dalam pada itu, Aidil Zafuan Abdul Razak ingatkan rakan sepasukannya agar tidak pandang rendah kemampuan Kemboja.
Ketua pasukan skuad Harimau Malaya itu berkata Kemboja menunjukkan banyak peningkatan sejak kali terakhir berdepan Malaysia pada 2018.
Saksikan Malaysia berdepan Kemboja secara langsung mulai jam 5.20 petang ini di Astro Arena, saluran 801.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi