← Back to list
Hafizh Syahrin mahu bangkit di Belanda
Jun 21, 2021
Hafizh Syahrin mahu bangkit di Belanda
Foto - RW Racing GP
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui keadaan Litar Sachsenring menjejaskan prestasinya pada GP Jerman, semalam.
Menurut penunggang RW Racing GP itu, litar berkenaan banyak sudut condong yang membataskan kemampuan mengawal jenteranya dan terpaksa berpuas hati di tangga ke-17.
Hafizh kini berazam untuk bangkit daripada kekecewaan ini dengan menampilkan aksi terbaik dalam saingan seterusnya di GP Belanda, hujung minggu ini.
-----
Sepang Racing Team kecewa di Jerman
Foto - Petronas Yamaha SRT
Prinsipal pasukan MotoGP Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali tanpa berselindung akui kecewa dengan keputusan diraih pada GP Jerman, semalam.
Namun menurut Razlan, pasukan itu mengambil iktibar semua perkara dan akan cuba bangkit pada pusingan perlumbaan di Belanda, hujung minggu ini.
Sepang Racing Team sekadar mengutip dua mata dalam kelas MotoGP, tujuh mata dalam kelas Moto3 dan gagal mengutip sebarang mata dalam kelas Moto2.
-----
JDT sasar bermula langkah kanan di ACL
Foto - Johor Southern Tigers
Pemain tengah JDT, Safiq Rahim sasar dapatkan keputusan positif daripada aksi pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia bertemu Nagoya Grampus di Bangkok, malam esok.
Katanya, perlawanan pertama adalah amat penting dalam mana-mana kejohanan dan mereka perlu menunjukkan persembahan terbaik dalam usaha mengutip mata.
Ini merupakan penampilan ketiga JDT dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia namun terpaksa menarik diri tahun lalu ekoran larangan keluar negara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi