← Back to list
Harimau Malaya berdepan Jordan hujung bulan ini!
Aug 01, 2019
Harimau Malaya akan tetap harungi aksi pemanas badan sebelum mulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022, bulan depan!
Ini selepas FAM dan Persatuan Bolasepak Jordan bersetuju untuk adakan aksi persahabatan pada 30 Ogos ini di Kuala Lumpur.
Foto - Stadium Astro
Setiausaha Agungnya beritahu Berita Harian, aksi tersebut bagi membolehkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membentuk skuad terbaik bagi kempen kelayakan itu nanti.
Foto - Stadium Astro
Dalam pada itu, Cheng Hoe akui 3 pemain kini berada dalam radarnya untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan.
2 daripadanya ialah pemain Perak iaitu Brendan Gan dan J. Partiban serta kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar ekoran aksi cemerlang mereka pada final Piala FA baru-baru ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi