← Back to list
Harrif Saleh Cipta Sejarah
Feb 11, 2020
Foto - Le Tour de Langkawi
Pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh cipta sejarah jadi pelumba Malaysia dan Asia pertama yang berjaya meraih dua kemenangan peringkat dalam jelajah Le Tour de Langkawi.
Selepas melakukannya pada peringkat kedua tahun lalu, Harrif hari ini menjuarai perlumbaan peringkat kelima LTdL 2020 dari Kuala Kubu Bharu, Selangor ke Bandar Meru Raya di Ipoh, Perak.
Foto - Terengganu Cycling Team
Pecutan disaat akhir pelumba kelahiran Kemaman itu menyaksikan dia menewaskan pelumba Jerman, Maximilian Walscheid daripada pasukan berstatus jelajah dunia, NTT Pro Cycling di atas garisan penamat.
Kejayaan tersebut meletakkan pelumba TSG itu di tangga ketiga keseluruhan dalam perebutan Jersi Raja Pecut dengan 27 mata, 19 mata di belakang Walscheid berbaki tiga peringkat perlumbaan.
Foto - Le Tour de Langkawi
Jersi Pendahulu Keseluruhan kekal milik perlumba Team Sapura Cycling, Danilo Cenalo dari Itali manakala seorang lagi pelumba TSC, Nur Aiman Mohd Zariff turut mengekalkan Jersi Raja Bukit.
Peringkat keenam perlumbaan esok menyaksikan para pelumba akan mengharungi kayuhan sejauh 150.9 kilometer dari Taiping, Perak menuju ke Georgetown, Pulau Pinang.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi