← Back to list
Irfan Bakti enggan terburu-buru
Nov 05, 2019
Irfan Bakti enggan terburu-buru
Foto - Stadium Astro
Bekas pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim akui ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.
Namun Irfan beritahu kami, beliau tidak dapat menerima tawaran tersebut buat masa ini, sebaliknya mahu berehat seketika.
Lagipun katanya, beliau juga mahu menyelesaikan kursus lesen kejurulatihan pro AFC yang dijangka berakhir Februari depan.
-----
Kelantan sah kekal di Liga Perdana 2020
Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan
Kelantan sah beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan selepas memperoleh lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Untuk itu, pihak KAFA berterima kasih kepada FAM dan MFL yang telah memperhalusi komitmen mereka bagi menyelesaikan isu lesen kelab.
Skuad The Red Warriors sebelum ini berdepan pergantungan lesen kelab ekoran berberapa masalah antaranya tunggakan gaji pemain dan tunggakan hutang dengan KWSP dan LHDN.
-----
8 Jam Sepang tarik penyertaan 50 pasukan
Foto - Berita Harian
Litar Antarabangsa Sepang berkata, 50 pasukan telah mengesahkan penyertaan bagi perlumbaan motosikal lasak 8 Jam Sepang, bulan depan.
Acara sulung ini turut menyaksikan penyertaan pasukan Yamaha Sepang Racing yang menampilkan pelumba MotoGP, Franco Morbidelli dan Hafizh Syahrin Abdullah serta pelumba Superbike, Michael van der Mark.
Perlumbaan ini membolehkan kesemua pasukan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam perlumbaan lasak berprestij, 8 Jam Suzuka tahun depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi